• PKG Padang Temu

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 2 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 3 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua umat islam terutama sekolah ahli PKG Padang Temu. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam kehidupa kita....

Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi,
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.

Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.
8:19 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, July 4, 2011

Program Gotong-royong di SJKC Yu Ying adalah salah satu agenda lawatan rasmi sehari TPM. Program gotong-royong ini telah berlangsung di Balai Raya dan Tokong. Program ini telah berlangsung pada 4 Julai 2011 di Bukit Godek,Semabok.
4:00 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More
Majlis Perasmian Program Outreach Pembestarian Sekolah di SK Sacred Heart telah dirasmikan oleh YB. Datuk Gan Tian Loo (Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan) dan disertai oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Hj.Mohammad Yusoff Bin Osman. Program ini adalah anjuran dari pihak BTPN Melaka. Ia juga mempunyai pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut yang berlangsung pada 20Jun 2011. Tahniah diucapkan pada warga sekolah SK Sacred Heart atas perasmian Bilik Komputer.
3:38 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Wednesday, June 8, 2011


Tahniah diucapkan kepada Tn. Haji Mohamad Yusuff Bin Osman diatas perlantikan sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka yang baru. Kami warga PKG Padang Temu ingin mengucapkan selamat datang dan semoga Jabatan Pelajaran Melaka akan maju kehadapan di bawah pentadbiran beliau.
3:48 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, May 16, 2011

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

Selamat Hari Guru diucapkan pada semua guru di Malaysia terutama guru di sekolah ahli PKG Padang Temu. Semoga cikgu-cikgu semua menjadi seorang pembimbing yang berjaya.....
9:04 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, May 12, 2011

Khidmat bantu di SMK St.Francis telah diadakan pada 10 Mei 2011. Khidmat bantu ini diketuai oleh PN Zanariah ( ketua PKG Padang Temu ) dan 3 orang juruteknik sekolah ahli serta seorang juruteknik dari PKG Bachang. Khidmat bantu ini dilakukan di bilik komputer sekolah. Terdapat 30 buah komputer yang perlu di format semula. 2 di pejabat, 2 di makmal sains , 4 di perpustakaan san selebihnya di bilik komputer.
3:25 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Wednesday, May 11, 2011




PKG Daerah Melaka tengah telah menganjurkan bengkel asas PSS guru GPM pada 26 hingga 28 April 2011 di SK Kg Tun Razak,Bukit Katil. Seramai 27 orang guru GPM yang terlibat dalam bengkel tersebut. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi bimbingan pada guru GPM yang baru dilantik.
4:21 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Search