• PKG Padang Temu

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 2 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 3 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Tuesday, August 5, 2014

TAKLIMAT MEMPERTINGKATKAN PENGGUNAAN VLE FROG 
SEKOLAH - SEKOLAH AHLI ZON PKG (02) PADANG TEMU TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya pekara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Padang Temu akan menjalankan Taklimat Mempertingkat Penggunaan VLE FROG pada ketetapan berikut :

                                     Tarikh     : 5 Ogos 2014
                                      Masa     : 2.00 petang hingga 5.00 petang
                                     Temapat : Bilik Kuliah PKG Padang Temu

3.   Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik tuan/puan untuk membenarkan Guru Penyelaras VLE dan Juruteknik Komputer Sekolah bagi menghadiri taklimat tersebut.

*p/s: Guru boleh pergi ke muat turun untuk download bahan atau klik sahaja panduan dibawah.
      : Panduan Admin VLE Sekolah (klik untuk download)
      : Panduan VLE Guru dan Murid (klik untuk download)
11:32 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Friday, July 25, 2014


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & batin dari kami warga PKG Padang Temu. Semoga lembaran ini mengeratkan lagi hubungan antara kita.

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.


Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.
4:28 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, July 15, 2014

Salam Ramadhan kepada semua sekolah ahli PKG Padang Temu. SSQS 2014 telah kembali semula pada tahun ini. Bagi sekolah ahli PKG Padang Temu diminta membuat pengisianya pada 15 Julai sehingga 20 Julai 2014 atas sebab yang tidak dapat dielakan langsung untuk mengelakan kesesakan talian. Diharap SSQS tahun lebih baik dari tahun lepas..Selamat Maju Jaya....
9:47 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, June 10, 2014

Kami Warga PKG Padang Temu Mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan sebagai ketua PKG Padang Temu. Untuk makluman semua, En.Ahmad Nizam akan berpindah ke PKG Bachang sebagai ketua PKG Bachang yang baru disana. Semoga En.Nizam maju jaya di tempat baru..Tahniah sekali lagi...

9:26 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru di ucapkan pada semua guru di Malaysia terutama guru-guru sekolah ahli PKG Padang Temu. Segala jasa baik guru akan dikenang sampai bila-bila..Selamat Hari Guru semua.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979
3:34 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More
Tema hari guru tahun ini adalah Guru: Pencetus Kreativiti, penjana Inovasi selaras dengan tranformasi pendidikan ke arah membangunkan kebaikan abad 21 iaitu berfikiran kritis dan kreativ serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seiring seperti yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia.
3:26 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, May 8, 2014

 Makluman untuk semua sekolah ahli PKG Padang Temu, pemilihan tokoh nilam peringkat negeri melaka telah dibuka. Semua sekolah ahli boleh download borang pemilihan tokoh nilam dan borang guru pengiring di ruangan muat turun. Pemilihan ini akan berakhir selewat-lewatnya 30 Jun 2014. Diminta sekolah ahli yang mempunyai calon boleh menghantar borang permohonan ke PKG Padang Temu. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PKG Padang Temu di talian 06-2834731.
3:48 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Search