*****Maklumat Terkini*****

Selamat Datang Staff Baru... Salam 1 Malaysia bagi semua sekolah ahli PKG Padang Temu. Ingin Memaklumkan bahawa terdapat staff baru di PKG iaitu Juruteknik Komputer sekolah yang terdiri daripada Cik Darlina Daut, Cik Farida Bt Atan, Cik Saidatul Akma Bt Shaharuddin, En.Faiz B Mohd Zin dan En.Mohd En.Effendy B Mohd Salleh. Selamat Datang diucapkan kepada staff baru ke PKG Padang Temu.
***************************************************
Program Pelancaran Nilam.... Salam 1 Malaysia semua sekolah ahli PKG Padang Temu. Ingin memaklumkan penghantaran laporan program pelancaran nilam peringkat sekolah pada 15 Mac 2013. Diharap dapat kerjasama dari pihak sekolah.
***************************************************
iQ-PSS.... Salam 1 Malaysia semua sekolah ahli PKG Padang Temu. Ingin memaklumkan pengisian iQ-PSS telah bermula dari 7 Januari 2013 hingga 31 Mac 2013. Diharap dapat kerjasama dengan pihak sekolah untuk mengelakan kesesakan talian pada saat-saat akhir. terima kasih...

Monday, January 21, 2013

iQ-PSS 2013 dan i-NiLAM

Salam 1 Malaysia semua sekolah ahli PKG Padang Temu. Ingin memaklumkan bahawa Penarafan Pusat Sumber 2013 (i-QPSS) telah dibuka mulai 7-Jan-2013. GPM sila ambil tindakan. iQ-PSS 2013 akan ditutup mulai 1-Apr-2013. Untuk makluman juga, GPM dikehendaki membuat semakan bagi i-NiLAM. Pemantauan dari PKG akan dibuat dari semasa ke semasa. Harap maklum.

Tuesday, January 8, 2013

HEBAHAN BAGI ANTIVIRUS UNTUK 1BESTARINET

Pautan Antivirus bagi 1BestariNet.

Salam 1 Malaysia semua, ingin memaklumkan salah satu skop daripada perkhidmatan dalam rangkaian 1BestariNet adalah memberikan perkhidmatan managed security services yang merangkumi antivirus dan patch management untuk 400 ribu buah PC yang terdapat  di dalam rangkaian 1BestariNet. Sehubungan dengan itu  pihak sekolah boleh memuat turun perisian  berkenaaan pada url seperti dibawah.

i.         Windows 32-Bit 
 MailScanner has detected a possible fraud attempt from "sepm.ytleducation.com.my14" claiming to be http://sepm.ytleducation.com.my:8014/EmailInstallPackages/7A1187620A1C820E0103358D708CE618_WIN32BIT/sep/Setup.exe

ii.         Windows 64-Bit
 MailScanner has detected a possible fraud attempt from "sepm.ytleducation.com.my14" claiming to be http://sepm.ytleducation.com.my:8014/EmailInstallPackages/7A1187620A1C820E0103358D708CE618_WIN64BIT/sep/Setup.exe


Untuk pengetahuan semua, antivirus ini mempunyai spesifikasi komputer tertentu sahaja. Antaranya ialah :
  • Windows 7 Professional 32-bit/64-bit, 
  • 4GB RAM, 
  • Intel i5 3.10 GHz)

Wednesday, January 2, 2013

Kembali ke sekolah Tahun 2013

Selamat kembali kepada pelajar sekolah ahli Pkg Padang Temu. Permulaan sekolah bagi tahun 2013 maka permulaan baru bagi adik-adik kita di alam persekolahan semoga tahun 2013 akan membawa banyak kejayaaan dalam diri adik-adik.

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Salam 1 Malaysia semua sekolah ahli Pkg padang Temu. Kita akan menunggu ketibaan tahun 2013 dengan azam yang baru dan semangat yang baru dalam mengharungi tahun yang baru iaitu tahun 2013. Tahun 2012 memberi banyak memberi pekara baru dan tahun 2013 akan memberi pengharapan yang baru. Ribuan diucapkan terima kasih kepada semua sekolah ahli Pkg Padang Temu atas kerjasama yang diberikan. Semoga kedatangan tahun baru ini dapat mengeratkan kerjasama antara kita semua.
Selamat Tahun Baru 2012.

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Datang...

Diharap tidak terlambat mengucapkan selamat datang pada pegawai baru PKG Padang Temu yang menggantikan Pn.Zanariah Ali yang kini bertugas di Unit PKG BTPN Melaka. En.Ahmad Nizam Bin Mohamed pegawai dari PKG Cheng telah bertukar ke PKG Padang Temu berkuat kuasa 1 November 2012. Semoga kehadiran pegawai baru ini akan memberi sesuatu yang baru di PKG. Selamat Datang diucapkan sekali lagi.

Friday, August 10, 2012

SELAMAT HARI RAYA..


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari PKG Padang Temu kepada semua sekolah ahli dan semua yang mengenali...semoga raya tahun ini membawa seribu makna dalam kehidupan kita kelak....

Khidmat Bantu ICT di SMK St.Francis






















Khidmat Bantu ICT di SMK St.Francis telah diadakan di SMK St.Francis pada 310Julai Ogos 2012. Pihak sekolah meminta pihak PKG membantu memasang rangkaian internet (network) di pusat sumber. Sebanyak 14 buah komputer telah dipasang dengan talian internet. Khidmat bantu ini juga telah dihadiri oleh kumpulan iTcare squad.