PKG Padang Temu
    Di Melaka terdapat 16 buah PKG (Pusat Kegiatan Guru) dan PKG Padang Temu ialah PKG nombor 2 dalam senarai PKG di Melaka. PKG Padang Temu adalah PKG berbangunan yang terletak di KM.5, Kuaters Institusi Pendidikan Padang Temu. PKG ini mempunyai 20 buah sekolah ahli. Di PKG Padang Temu mempunyai 3 staff iaitu En.Rosidi Umar, Cik Noor Azlina Senin dan Cik  Azlina Mohamed.

MISI & VISI

Misi
Wujudnya budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.

Visi
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan secara kreatif di kalangan guru dan pelajar disetiap sekolah bg mempertingkatkan keberkesanan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Carta Organisasi PKG Padang Temu



  
Fungsi PKG :
  1. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pusat sumber sekolah dan program gerakan membaca di sekolah.
    • Pemantauan PSS
    • Khidmat bantu PSS
    • Bengkel PSS
    • Bengkel Teknologi Pendidikan
    • Mesyuarat pengurusan program untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
    • NILAM
  2. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.
    • Support Ticketing System (STS)
    • Indeks kualiti Pusat Sumber Sekolah (iQ-PSS)
    • Smart School qualification Standards (SSQS)
    • Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)
    • Makmal Komputer
    • Schoolnet
    • Pusat Akses
    • PPSMI
    • Aplikasi ICT
    • Inisiatif ICT
    • Konfigurasi rangkaian
  3. Memberi perkhidmatan meja bantuan aras 3 kepada sekolah.
    • Perkakasan
    • Perisian
  4. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan perlaksanaan dasar teknologi pendidikan.
    • iQ-PSS
    • SPPICT
    • SSQS
    • Data NILAM
    • Penggredan PSS
    • Latihan Sumber manusia (Latihan)
  5. Menyediakan Bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
    • Bahan cetak
    • Bahan bukan cetak.
  6. Melaksanakan, menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
    • Rakam salin DVD/ VCD/ CD
    • Poster
    • Brosur
    • Kalender Aktiviti
    • Buletin
    • Bahan cetak
    • Bahan bukan cetak
    • Mesyuarat permuafakatan
    • Mesyuarat jawatankuasa kecil aktiviti PKG
Prasarana
  • Bilik Pegawai Teknologi Pendidikan
  • Kaunter Pembantu Tadbir
  • Meja Bantuan Juruteknik
  • Mini Perpustakaan
  • Bilik Kuliah
  • Bilik Stor

Search