• PKG Padang Temu

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 2 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 3 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Tuesday, November 29, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H dari kami warga PKG Padang Temu untuk semua umat islam di dunia. Semoga tahun baru ini membawa seribu makna dalam kehidupan kita.
8:49 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, November 1, 2011

4:41 PM   Posted by PKG Padang Temu with 1 comment
Read More

TUAN HAJI AMIR BIN BASAR

telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah BTPN MELAKA mulai 16 Oktober 2011.

Warga PKG Padang Temu mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan beliau dan akan memberikan sokongan dan kerjasama jitu untuk memacu BTPN ke arah kegemilangan.

4:34 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Friday, October 14, 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan mengadakan bengkel tersebut pada ketetapan berikut :

Tarikh : 17, 19 dan 20 Oktober 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : 1. BTPN Melaka
2. PKG Ayer Molek

Bagi sekolah ahli PKG Padang Temu boleh klik disini untuk paparan jadual yang telah diberi.

Harap Maklum....
8:24 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, September 22, 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Rosnani Binti Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Bestari di lantik sebagai Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia berkuatkuasa 20 September 2011. Semua staff PKG Padang Temu mengucapkan tahniah dan syabas....
4:04 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, September 20, 2011

Learning Management System

Sistem pengurusan pembelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia berasaskan web untuk warga sekolah dan ibu bapa. Sekolah Ahli PKG Padang Temu boleh melayari lawan sesawang ini spp.moe.edu.my
9:27 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More
Salam 1 Malaysia diucapkan kepada semuah sekolah ahli PKG Padang Temu. Ingin memaklumkan bahawa Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah kali ke dua telah bermula pada 14 September 2011 hingga 8 Oktober 2011. Diharap agar semua sekolah ahli PKG Padang Temu dapat mengisinya secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan talian..
8:41 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, September 15, 2011

Salam Kemerdekaan ke 54 dan salam hari Malaysia untuk semua warga PKG Padang Temu sera sekolah ahli PKG Padang Temu. Hari Malaysia bakal disambut serentak bersama sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 kerana kebetulan pada 31 Ogos tahun 2011 ini jatuh pada musim perayaan (Hari Raya Aidilfitri).

Semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum perlu menunjukkan sifat patriotik mereka dengan menghadiri sambutan Malaysia & Merdeka54 tersebut dan pada masa yang sama ia dapat memberi kesedaran kepada semua agar menghargai keamanan negara yang dikecapi selama ini.




4:42 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, August 22, 2011

Ucapan tahniah diucapkan kepada semua sekolah ahli PKG Padang temu atas komitmen yang diberikan dalam melaksanakan SSQS 2011. Tahniah sekali lagi...
10:17 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua umat islam terutama sekolah ahli PKG Padang Temu. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam kehidupa kita....

Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi,
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.

Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.
8:19 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, July 4, 2011

Program Gotong-royong di SJKC Yu Ying adalah salah satu agenda lawatan rasmi sehari TPM. Program gotong-royong ini telah berlangsung di Balai Raya dan Tokong. Program ini telah berlangsung pada 4 Julai 2011 di Bukit Godek,Semabok.
4:00 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More
Majlis Perasmian Program Outreach Pembestarian Sekolah di SK Sacred Heart telah dirasmikan oleh YB. Datuk Gan Tian Loo (Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan) dan disertai oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Hj.Mohammad Yusoff Bin Osman. Program ini adalah anjuran dari pihak BTPN Melaka. Ia juga mempunyai pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut yang berlangsung pada 20Jun 2011. Tahniah diucapkan pada warga sekolah SK Sacred Heart atas perasmian Bilik Komputer.
3:38 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Wednesday, June 8, 2011


Tahniah diucapkan kepada Tn. Haji Mohamad Yusuff Bin Osman diatas perlantikan sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka yang baru. Kami warga PKG Padang Temu ingin mengucapkan selamat datang dan semoga Jabatan Pelajaran Melaka akan maju kehadapan di bawah pentadbiran beliau.
3:48 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, May 16, 2011

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

Selamat Hari Guru diucapkan pada semua guru di Malaysia terutama guru di sekolah ahli PKG Padang Temu. Semoga cikgu-cikgu semua menjadi seorang pembimbing yang berjaya.....
9:04 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, May 12, 2011

Khidmat bantu di SMK St.Francis telah diadakan pada 10 Mei 2011. Khidmat bantu ini diketuai oleh PN Zanariah ( ketua PKG Padang Temu ) dan 3 orang juruteknik sekolah ahli serta seorang juruteknik dari PKG Bachang. Khidmat bantu ini dilakukan di bilik komputer sekolah. Terdapat 30 buah komputer yang perlu di format semula. 2 di pejabat, 2 di makmal sains , 4 di perpustakaan san selebihnya di bilik komputer.
3:25 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Wednesday, May 11, 2011




PKG Daerah Melaka tengah telah menganjurkan bengkel asas PSS guru GPM pada 26 hingga 28 April 2011 di SK Kg Tun Razak,Bukit Katil. Seramai 27 orang guru GPM yang terlibat dalam bengkel tersebut. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi bimbingan pada guru GPM yang baru dilantik.
4:21 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Wednesday, April 20, 2011

Diucapakan selamat datang kepada pegawai baru yang ditempatkan di PKG Padang Temu iaitu Pn Zanariah dan En. Kamarul Anuar. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan di PKG Padang Temu. Tahniah sekali lagi...
9:21 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More
Sekalung tahniah diucapkan kepada Guru GPB/ICT sekolah ahli PKG Padang Temu atas perlaksanaan SPPICTS 100% untuk kali pertama. Tahniah diucapkan atas segala kerjasama yang diberi.
8:45 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, March 22, 2011

Makluman bagi guru GPB/ICT, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT ( SPPICTS ) bagi tahun 2011 akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali seperti berikut :

1. 27 Mac hingga 16 April 2011
2. September hingga 1 Oktober 2011

Diminta Guru GPB/ICT membuat tindakan segera dalam mengemaskini data SPPICTS yang boleh layari melalui URL : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my hanya pada tarikh seperti diatas. Guru-guru juga diminta mengelak dari mengisi data pada saat-saat akhir agar kesesakkan talian dapat diatasi.

2:29 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, March 21, 2011


KOHOT 1 = 21 MAC 2011

KOHOT 2 = 22 MAC 2011

KOHOT 3 = 23 MAC 2011

KOHOT 4 = 24 MAC 2011

Muat turun dan cetak Instrumen KPI SSQS v.2011 mulai 16 Mac 2011

9:24 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Wednesday, March 16, 2011


Juruteknik komputer sekolah dan PKG Negeri Melaka telah diberi bengkel troubleshooting dan konfigurasi yang diadakan di PKG Sebatu pada 15 Mac 2011 anjuran BTPN Negeri Melaka.




8:11 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

1 800 22 7722

  • Mulai 7 Mac 2011, talian bantuan SchoolBroadband TM adalah 1-800-22-7722 .
  • Talian 1060 akan ditamatkan mulai 15 Mac 2011.
8:07 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Friday, February 25, 2011

PKG Padang Temu telah mengadakan mesyuarat GPM dan GPB/GICT pada tahun 2011. Mesyuarat ini telah diadakan selama dua hari iaitu bertarikh 22 Feb dan 24 Feb 2011 di Bilik Kuliah PKG Padang Temu. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyampaikan perancangan aktiviti pada tahun 2011.
9:56 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More
Juruteknik Komputer (FT17) PKG Negeri Melaka telah diberikan pendedahan asas tentang Konfigurasi Server menggunakan platform LINUX CentOs v52. Bengkel 2 hari ini diadakan di Makmal Komputer PKG Cheng anjuran Unit PICT BTPN Melaka.
9:49 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Wednesday, February 16, 2011

Untuk tujuan pemantauan ketersediaan (availability) talian internet di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tempoh interim Januari 2011 hingga Disember 2011, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Memo Antara Bahagian/Jabatan KP(BTP-PENT) 8800/50/1 Jld. 19 (52) bertarikh 7 Februari 2011 memerlukan maklumat berkaitan perkhidmatan internet yang dilanggan oleh pihak sekolah.

Sekolah ahli dikehendaki muat turun Lampiran B berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya seperti yang dikehendaki.

4:17 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, February 14, 2011


Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Dengan itu, saya wakil dari PKG Padang Temu Ingin Mengucapkan Selamat Menyabut Maulidur Rasul 1432H kepada semua umat islam di Malaysia.

2:21 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, February 7, 2011

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hjh Juliah bt. Hj Leman, Pengarah Pelajaran Melaka pada 26 Januari 2010 di Dewan Al-Khawarizmi, BTPN Melaka. Sebanyak 93 buah sekolah Negeri Melaka telah berjaya mencapai 5-Bintang dalam penarafan sekolah berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada 2010.


2:12 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, January 13, 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Melaka telah bertukar dari www.jpnmelaka.gov.my kepada www.moe.gov.my/jpnmelaka. Diharapkan agar sekolah ahli PKG Padang Temu sedia maklum pertukaran ini.
4:14 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, January 3, 2011

Diucapkan selamat kembali ke alam persekolahan bagi tahun 2011 kepada semua sekolah ahli PKG Padang Temu.
4:50 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Search