• PKG Padang Temu

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 2 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 3 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Monday, December 22, 2014





Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PKG Padang Temu telah mengadakan bengkel baikpulih dan penjilidan buku PSS seperti tetapan berikut :

                                   Tarikh : 18 dan 19 Disember 2014
                                   Tempat : Dewan PKG Padang Temu
                                   Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
                                   Peserta : PT Rintis Sekolah ahli

Tahniah diucapkan pada semua peserta atas kehadiran bengkel tersebut. Semoga bengkel ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Pusat Sumber Sekolah masing-masing.



11:40 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Wednesday, September 24, 2014

Taklimat Pelaksanaan Modul Kedatangan Murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sekolah-sekolah Negeri Melaka akan diadakan pada ketetapan berikut :

                                  Tarikh : 24 September 2014 (Rabu)
                                  Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tgh
                                  Tempat : Dewan Alpha (Auditorium ILP Bukit Katil)

Sehubungan dengan itu, seorang guru penyelaras Pentadbir Sistem dikehendaki hadir untuk sesi taklimat tersebut.


**guru boleh download bahan SPS di sini atau dibahagian muat turun.
9:56 AM   Posted by PKG Padang Temu with 1 comment
Read More

Tuesday, September 23, 2014

Dengan segala hormatnya pekara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Padang Temu akan menjalankan Taklimat Pelaksanaan Pembestarian Sekolah ahli pada ketetapan berikut :

                                     Tarikh     : 23 September 2014
                                      Masa     : 2.00 petang hingga 5.00 petang
                                     Temapat : Bilik Kuliah PKG Padang Temu

3.   Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik tuan/puan untuk membenarkan Guru Penyelaras ICT dan FT Rintis bagi menghadiri taklimat tersebut.

*p/s: Guru boleh pergi ke muat turun untuk download bahan atau klik sahaja bahan dibawah.
      :Panduan Tukar Password Dongle (klik untuk download)
     : Penggantian Peralatan Tiada Waranti Chromelab (sila klik untuk pengisian)
     
1:43 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, September 22, 2014

TAKLIMAT MEMPERKEMASKAN PENGISIAN DATA DALAM MODUL-MODUL SPS BAGI SEKOLAH-SEKOLAH AHLI ZON PKG (02) PADANG TEMU TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya pekara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Padang Temu akan menjalankan Taklimat Mempertingkat Memperkemaskan Data Dalam Modul-modul SPS pada ketetapan berikut :

                                     Tarikh     : 22 September 2014
                                      Masa     : 2.00 petang hingga 5.00 petang
                                     Temapat : Bilik Kuliah PKG Padang Temu

3.   Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik tuan/puan untuk membenarkan Guru Admin SPS dan PT Rintis bagi menghadiri taklimat tersebut.

*p/s: Guru boleh pergi ke muat turun untuk download bahan atau klik sahaja bahan dibawah.
      :  Bahan Rujukan SPS (klik untuk download)
     
2:09 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, August 5, 2014

TAKLIMAT MEMPERTINGKATKAN PENGGUNAAN VLE FROG 
SEKOLAH - SEKOLAH AHLI ZON PKG (02) PADANG TEMU TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya pekara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Padang Temu akan menjalankan Taklimat Mempertingkat Penggunaan VLE FROG pada ketetapan berikut :

                                     Tarikh     : 5 Ogos 2014
                                      Masa     : 2.00 petang hingga 5.00 petang
                                     Temapat : Bilik Kuliah PKG Padang Temu

3.   Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik tuan/puan untuk membenarkan Guru Penyelaras VLE dan Juruteknik Komputer Sekolah bagi menghadiri taklimat tersebut.

*p/s: Guru boleh pergi ke muat turun untuk download bahan atau klik sahaja panduan dibawah.
      : Panduan Admin VLE Sekolah (klik untuk download)
      : Panduan VLE Guru dan Murid (klik untuk download)
11:32 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Friday, July 25, 2014


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & batin dari kami warga PKG Padang Temu. Semoga lembaran ini mengeratkan lagi hubungan antara kita.

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.


Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.
4:28 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, July 15, 2014

Salam Ramadhan kepada semua sekolah ahli PKG Padang Temu. SSQS 2014 telah kembali semula pada tahun ini. Bagi sekolah ahli PKG Padang Temu diminta membuat pengisianya pada 15 Julai sehingga 20 Julai 2014 atas sebab yang tidak dapat dielakan langsung untuk mengelakan kesesakan talian. Diharap SSQS tahun lebih baik dari tahun lepas..Selamat Maju Jaya....
9:47 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, June 10, 2014

Kami Warga PKG Padang Temu Mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan sebagai ketua PKG Padang Temu. Untuk makluman semua, En.Ahmad Nizam akan berpindah ke PKG Bachang sebagai ketua PKG Bachang yang baru disana. Semoga En.Nizam maju jaya di tempat baru..Tahniah sekali lagi...

9:26 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru di ucapkan pada semua guru di Malaysia terutama guru-guru sekolah ahli PKG Padang Temu. Segala jasa baik guru akan dikenang sampai bila-bila..Selamat Hari Guru semua.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979
3:34 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More
Tema hari guru tahun ini adalah Guru: Pencetus Kreativiti, penjana Inovasi selaras dengan tranformasi pendidikan ke arah membangunkan kebaikan abad 21 iaitu berfikiran kritis dan kreativ serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seiring seperti yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia.
3:26 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, May 8, 2014

 Makluman untuk semua sekolah ahli PKG Padang Temu, pemilihan tokoh nilam peringkat negeri melaka telah dibuka. Semua sekolah ahli boleh download borang pemilihan tokoh nilam dan borang guru pengiring di ruangan muat turun. Pemilihan ini akan berakhir selewat-lewatnya 30 Jun 2014. Diminta sekolah ahli yang mempunyai calon boleh menghantar borang permohonan ke PKG Padang Temu. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PKG Padang Temu di talian 06-2834731.
3:48 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, May 5, 2014

Selamat petang, ingin memaklumkan bahawa FT Rintis telah kembali ke sekolah masing-masing berkuatkuasa 5 Mei 2014. Jamuan perpisahan telah dianjurkan oleh PKG Padang Temu untuk menghargai jasa baik FT Rintis selama setahun lebih bersama PKG Padang Temu. Pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya di tempat baru.

kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
2:57 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, April 10, 2014

Selamat petang cikgu, di minta cikgu melengkapkan kutipan data berkaitan penggunaan peruntukan grant per kapita (PCG) pusat sumber sekolah selewat-lewatnya 11 April 2013 sebelum 4.00 petang. Hiharap dapat kerjasama dengan pihak sekolah. Bersama-sama ini saya sertakan url untuk pengisian kutipan tersebut : https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?key=0AjIwSNxmwVIGdDNkaF8yb1JxcHR0M3lENjRhQVpaa3c&usp=sharing
4:35 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, April 3, 2014

Selamat pagi, ingin memaklumkan bahawa pihak sekolah dikehendaki mengisi kajian ini secara onli di url : http://web.moe.gov.my/bad/icts/index.php . Pengisian ini selewat-lewatnya pada 13 April 2014. Pihak sekolah diminta mengisi awal untu mengelak kesesakkan talian. Sebarang Pertanyaan boleh hubungi PKG Padang Temu ditalian 06-2834731.
11:28 AM   Posted by PKG Padang Temu with 1 comment
Read More
Selamat Pagi semua, ingin memaklumkan bahawa proses pengisian iQPSS tahun 2014 telah bermula. Pihak sekolah dikehendaki mengisi secara online dan url tersebut ialah http://iqpss.tarantula.my/. Sebarang pertanyaan boleh hubungi PKG padang Temu di talian 06-2834731
10:52 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, February 25, 2014


Kami warga PKG Padang Temu mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Md. Rashid bin Hj. Hussin di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Melaka yang baharu.
2:48 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, February 18, 2014

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Untuk makluman semua sekolah ahli bahawa pihak BTP ada membuat pemantauan secara online untuk bahan Digital Bahasa Malaysia dan English Language. Oleh itu, guru BM dan guru BI dikehendaki mengisi instrumen tersebut.  Instrumen ini boleh diakses secara dalam talian di URL berikut:

  URL pendek:  http://goo.gl/X2s40o

Instrumen ini perlu diisi selewat-lewatnya sebelum 3 Mac 2014. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi PKG Padang Temu di no 06-2834731.
11:52 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, February 17, 2014


Berikut adalah manual Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang sedang dilaksanakan oleh sekolah sekarang. Guru-guru boleh muat-turun manual ini untuk rujukan dan panduan perlaksanaan di sekolah.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki mengisi modul berikut:
  1. Profil Sekolah
  2. Kemudahan Sekolah
  3. Pengurusan Staff
  4. Pengurusan Murid
Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami alu-alukan dan kami mengucapkan jutaan terima kasih. Sebarang kemusykilan boleh merujuk ke PKG Padang Temu 06-2834731 (En.Ahmad Nizam B Mohamed) dan sekiranya ingin manual tersebut boleh klik disini.
3:08 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, January 20, 2014


Analisa pencapaian IQPSS sekolah ahli PKG Padang Temu tahun 2013 untuk makluman sekolah ahli..TAHNIAH diucapkan kepada yang mendapat 5 bintang....bagi yang mendapat 2 bintang boleh usaha lagi bagi mencapai kemajuan sekolah masing-masing..Tahniah sekali lagi...
9:55 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Friday, January 17, 2014


Analisa pencapaian SSQS sekolah ahli PKG Padang Temu Tahun 2013...Tahniah diucapkan kepada sekolah yang mendapat 5 bintang...semoga pencapaian ini akan memberi semangat kepada sekolah lain untuk mencapai 5 bintang kelak...All the best...
11:57 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Friday, January 3, 2014
















SELAMAT TAHUN BARU 2014 DAN SELAMAT KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH
Diucapkan kepada semua sekolah ahli PKG Padang Temu. Semoga Tahun Baru ini membawa satu perubahan yang lebih membanggakan sekolah kelak. Tahun 2013 adalah memori terindah yang tidak akan dilupakan tetapi tahun 2014 adalah selangkah mengorak ke arah lebih maju..Jadi marilah kita bersama-sama menuju ke arah yang lebih maju untuk kejayaan anak bangsa kita.
8:20 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Search