• PKG Padang Temu

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 2 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

  • Enter Slide 3 Title Here

    Woody Magazine is a free premium blogger template. This is free for both personal and commercial use. However, you are required to keep the footer links intact which provides due credit to its designers and authors.
    This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Friday, May 8, 2015

Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) dengan kerjasama Cybersafe Security akan menganjurkan pertandingan NICTSeD- Wacana  ICT Peringkat Kebangsaan pada 8 hingga 13 Ogos 2015 di Hotel Royal Chulan.

Berikut adalah kriteria yang dikehendaki :
           * Terbuka kepada semua sekolah menengah negeri melaka.
           * Para peserta dalam kalangan 4 orang ( Terbuka ting.1 - 6)
           * Bersama seorang Guru Penasihat.
           * Tarikh tutup penyertaan pada 31 MEI 2015

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Yusri atau En.Abd Majid (BTPN Melaka 06-2324478)

Disertakan sekali maklumat/ bahan pertandingan tersebut untuk tindakan selanjutnya.

***bahan/maklumat pertandingan (klik disini)
4:40 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, April 28, 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa PKG Padang Temu akan mengadakan Taklimat Pengurusan Aktiviti Nilam seperti ketetapan berikut :

                              Tarikh   : 28 April 2015 (selasa)
                              Masa     : 2.00 ptg hingga 5.00 ptg
                              Tempat : Bilik Kuliah PKG Padang Temu

Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik tuan untuk membenarkan Guru Penyelaras NILAM dan Pembantu Tadbir (RINTIS) bagi menghadiri taklimat tersebut.

p/s : bahan taklimat NILAM boleh klik disini
12:20 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Monday, March 9, 2015

Dengan segala hormatnya pekara di atas dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan menjalankan bengkel Penggunaan Bahan Digital MBMMBI melalui pendekatan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) 2015.

3.     Sehubungan dengan itu, pihak tuan diwajibkan menghantar seorang Guru Bahasa Malaysia Tingkatan 4 untuk menghadiri bengkel tersebut.Tentatif bengkel tersebut adalah seperti berikut :



                    Tarikh  : 12 Mac 2015 (Khamis)
                    Masa     : 2.30 petang hingga 5.00 petang
                    Tempat : PKG Padang Temu


4.    Bahan-bahan yang perlu dibawa semasa bengkel dijalankan adalah :
  •        CD Bahan Digital mengikut subjek
  •        Laptop yang sesuai
  •        Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut subjek
  •        Buku Teks mengikut subjek
  •        Extention Wire
  •        Salinan akaun bank
3:42 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Friday, February 6, 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Perpustakaan Sekolah-sekolah Zon PKG Padang Temu diadakan seperti ketetapan berikut :


  • Tarikh : 5 Februari 2015
  • Masa   : 2.00 ptg hingga 5.00 ptg
  • Tempat : Bilik Kuliah,PKG Padang Temu

Pihak sekolah diminta menghantar seorang Guru Penyelaras Perpustakaan Sekolah menghadiri mesyuarat tersebut.

p/s: Bahan Mesyuarat Jawatankuasa 
9:19 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Tuesday, January 27, 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perkhidmatan ICT/PMI, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan mengadakan taklimat dan mengedarkan CD Bahan Digital MBMMBI bagi kegunaan sesi persekolahan 2015 melalui Pusat Kegiatan Guru sekolah ahli masing-masing pada ketetapan berikut :

  • Tarikh   : 27 Januari 2015
  • Masa      : 2.30 ptg hingga 5.00 ptg
  • Tempat  : PKG Padang Temu
Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta menghantar peserta seperti lampiran disurat dan diminta membawa peralatan untuk tujuan perbengkelan.

p/s : Peserta boleh download bahan disini : Bahan Taklimat MBMMBI 2015
      # Bahan Taklimat berkaitan Backup Online bagi CD Bahasa Inggeris Tahun 5 dan Tahun 6              sekolah rendah boleh juga dimuat turun di Bahan Taklimat MBMMBI 2015
12:17 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Thursday, January 15, 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat pelaksanaan speedtest terhadap prestasi capaian perkhidmatan 1Bestarinet sekolah-sekolah Negeri Melaka akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

                    Tarikh  : 16 Januari 2015
                    Masa     : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
                    Tempat : PKG (02) Padang Temu

Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta menghantar Juruteknik Komputer Sekolah untuk menghadiri taklimat tersebut pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Kehadiran adalah wajib.

**Surat Taklimat Pelaksanaan Speedtest
**Surat Pelaksanaan  Perkhidmatan SpeedTest
**PowerPoint Panduan pengujian perkhidmatan 1Bestarinet
10:51 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka sedang mengemaskini data-data diatas. Data-data tersebut penting bagi melicinkan lagi pengurusan Unit Perkhidmatan Pusat Sumber Pendidikan, BTPN Melaka.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta melengkapkan data yang disediakan secara online seperti :

Data ini perlu dilengkapkan sebelum 16 Januari 2015. Harap dapat kerjasama dari semua pihak.
10:38 AM   Posted by PKG Padang Temu with No comments
Read More

Search