Monday, February 14, 2011


Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Dengan itu, saya wakil dari PKG Padang Temu Ingin Mengucapkan Selamat Menyabut Maulidur Rasul 1432H kepada semua umat islam di Malaysia.

2:21 PM   Posted by PKG Padang Temu with No comments

0 comments:

Post a Comment

Search